Ramai Tak Sangka! Gastrik di Bulan Puasa Boleh Dikawal dengan Cara Ini!

Ramai Tak Sangka! Gastrik di Bulan Puasa Boleh Dikawal dengan Cara Ini!

Umat Islam pastinya menanti kedatangan bulan Ramadan dengan penuh rasa teruja. Ini adalah kerana Ramadan bukan sahaja bulan penuh keberkatan, tapi juga waktu untuk memperkukuhkan disiplin diri. Namun begitu, ia mungkin satu cabaran bagi mereka yang mengalami masalah kembung perut, pedih ulu hati dan rasa mual. Ini adalah kerana corak pemakanan yang berubah secara drastik telah menyebabkan gastrik dan GERD semakin mengganas.

Tapi, tahukah anda? Gastrik di bulan puasa sebenarnya boleh dikawal! Ramai yang tidak menyangka hanya dengan beberapa langkah mudah dan pemilihan makanan yang bijak dapat mengurangkan masalah gastrik. Jom ketahui caranya!

1. Bersahur Dengan Makanan Tinggi Serat dan Protein. Jangan sesekali tinggalkan sahur! Sahur bukan sahaja sunnah, malah dapat bantu perut bertahan lebih lama tanpa makanan. Pilih makanan yang tinggi serat dan protein seperti:

  • Oat - Kaya dengan serat larut bantu perut kenyang lebih lama
  • Telur rebus - Sumber protein yang mudah dihadam dan tidak menyebabkan perut berasid.
  • Buah Kurma - Bekalkan tenaga dan serat yang bantu penghadaman.

Elakkan makanan yang pedas, berlemak, dan berasid seperti jeruk atau makanan segera kerana ia boleh merangsang pengeluaran asid perut berlebihan.

Tip tambahan: Amalkan jeli gamat ketika sahur! Ia bersifat anti-radang dan membantu menyembuhkan lapisan perut yang terjejas akibat asid berlebihan.

 

2. Berbuka Dengan Cara Yang Betul

  • Segelas air suam - Banti aktifkan sistem penghadaman secara perlahan
  • Buah Kurma - Sumber tenaga semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh

Biarkan perut 'panas' dahulu sebelum mengambil hidangan utama. Tunggu sekurang-kurangnya 5-10 minit sebelum ambil makanan yang lebih berat.

Tip tambahan: Ambil jeli gamat sejurus selepas berbuka. Ini membantu memulihkan perut yang kosong sepanjang hari, sekaligus kurangkan risiko perut pedih dan kembung.

 

3. Elak Minuman Berkafein dan Berkarbonat

Kopi dan minuman berkarbonat seperti soda serta minuman tenaga booleh merangsang pengeluaran asid perut yang berlebihan. gantikan dengan:

  • Air suam atau air kosong
  • Teh herba seperti chamomile atau peppermint yang bantu melegakan perut.

 

4. Amalkan Makan Secara Sederhana dan Perlahan

Makan secara terburu-buru boleh menyebabkan perut kembung dan senak. Amalkan:

  • Makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap - Berbuka dengan sederhana, dan makan lagi selepas solat maghrib
  • Kunyah makanan dengan perlahan - Bantu proses penghadaman dan mengurangkan beban pada perut

 

5. Amalkan Jeli Gamat Sebagai Sokongan Kesihatan Perut

Jeli gamat sudah lama dikenali dengan khasiat penyembuhannya. Antara manfaat utama Jeli gamat untuk masalah gastrik termasuklah:

  • Menenangkan perut dan mengurangkan radang pada lapisan perut
  • Membantu proses pemulihan tisu perut yang terjejas akibat asid
  • Mengurangkan rasa pedih ulu hati dan kembung perut

Cara pengambilan yang disyorkan:

  • Satu sudu besar jeli gamat ketika sahur untuk melindungi perut sepanjang hari
  • Satu sudu besar selepas berbuka puasa untuk membantu proses pemulihan dan mengurangkan ketidakselesaan perut.

Dengan pengambilan yang konsisten, jeli gamat mampu menjadi pelindung perut yang berkesan sepanjang Ramadan.

Back to blog